Sunday 9 August 2015

PENGENALAN

DASAR DAN OBJEKTIF KUALITI


Dasar Kualiti

Membangunkan Kurikulum Pendidikan Tinggi 'Integral' (Tawheed) serta menawarkan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkualiti menepati kehendak mahasiswa, 'stakeholder', ummah dan pasaran.

Objektif Kualiti

KUIS juga komited terhadap :
1.     Menyediakan dan memastikan kurikulum pendidikan 'integral' (tawheed) yang berdaya saing.
2.     Memberi perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang cekap, sistematik dan berkesan.
3.     Memastikan mutu perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui peningkatan kualiti yang berterusan.
4.     Memberi komitmen terhadap peningkatan secara berterusan dalam aspek perkhidmatan, kualiti graduan dan sistem kualiti.





MOTO, VISI, MISI, FALSAFAH DAN MATLAMAT


Moto

Pemangkin Tradisi Ilmu


Visi

Memartabatkan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia yang mendapat keredhaan Allah.


Misi

Bertekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan, akademik dan sahsiah pelajar melalui penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.


Falsafah

Kesepaduan antara ilmu, iman dan amal menjadi dasar ke arah melahirkan insan yang bertaqwa dan berketerampilan untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.


Matlamat

Membentuk dan mendidik generasi ummah agar menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) yang berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.



 COKMAR
 Cokmar seberat 7kg mula diperlihatkan pada Istiadat Konvokesyen KUIS yang keenam sebagai simbol perisytiharan penganugerahan diploma. Setiap lambang yang diukir mempunyai makna tersendiri bagi menggambarkan keseluruhan komitmen dan inspirasi penubuhan KUIS sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

Bulan sabit membawa maksud perkembangan dan kemajuan Islam di negeri Selangor manakala pelbagai cabang yang berpusat di tengah melambangkan kesepaduan ilmu. Bentuk kubah di bahagian atas cokmar merupakan simbolik agama Islam sebagai agama rasmi Negeri Selangor. Sembilan (9) Ukiran Bunga Tanjung menunjukkan sembilan (9) daerah di negeri Selangor yang telah mengamanahkan KUIS sebagai pemangkin masyarakat madani pada masa hadapan.

Sementara itu, ukiran Mercu Tanda, Bunga Anggerik dan Logo Kerajaan Negeri Selangor melambangkan hubungan baik dan sokongan penuh kerajaan Negeri Selangor kepada pembangunan dan kemajuan KUIS.


No comments:

Post a Comment