Sunday, 9 August 2015

PUSAT ASASI

HAH..sekarang ini ana nak cerita pula tentan kelebihanl Pusat Asasi. Alhamdulillah Pusat Asasi di KUIS sangat gempak orang kata, sebab ana dan sahabat sendiri merupakan bekas pelajar Asasi KUIS sebelum melangkah ke degree ni. 
hmm...antum rasa ada ke tempat lain yang Pusat Asasinya, dijaga kebajikannya, dijaga keperluannya dan kemudahan pelajar juga..? PUSAT ASASI KUIS juga ada biasiswanya juga,yang dimana kita panggil TKK namanya..ok antum nak detail dengan lebih lanjut?antum boleh bacanya di bawah.. :)


PROFIL

Pusat Asasi KUIS ditubuhkan pada bulan Ogos 2008 bagi melaksanakan program-program di peringkat Kursus Asas dan bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama di KUIS. Dengan kata lain, program-program yang ditawarkan di Pusat Asasi ini merupakan ‘feeder’ program kepada program Sarjana Muda yang ditawarkan di Fakulti Pengajian. Melalui program-program yang ditawarkan KUIS beriltizam untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pelajar cemerlang di peringkat ijazah pertama yang seterusnya menjadi graduan yang berkualiti, berketrampilan dan berdaya maju dalam bidang-bidang yang diceburi.

PENUBUHAN PUSAT ASASI

Program-program di peringkat pra-ijazah yang ditawarkan merupakan ‘feeder’ program kepada program sarjana muda KUIS. Ia memberi dan menambah peluang pengajian pra-universiti kepada Bumiputra Islam sebelum melangkah ke peringkat ijazah pertama. Di samping itu, ia adalah laluan singkat ke peringkat ijazah pertama di kuis tanpa melalui program di peringkat diploma yang ditawarkan selama tiga tahun (atau enam semester). Justeru, pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian di peringkat asasi ini.

MATLAMAT PENUBUHAN PUSAT ASASI

  1. Menyediakan calon untuk kemasukan ke peringkat ijazah pertama KUIS.
  2. Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan mempunyai asas serta minat yang mendalam dalam bidang-bidang yang ditawarkan.
  3. Menyediakan pelajar-pelajar yang mampu mengekalkan kecemerlangan di peringkat ijazah pertama bagi menyokong matlamat KUIS untuk menghasilkan graduan yang berkualiti dan berjaya merealisasikan motto Pemangkin Budaya Ilmu.

FALSAFAH

Falsafah Pusat Asasi adalah mendokong Falsafah KUIS. Dengan kata lain, Falsafah KUIS yang menjadi asas kepada penubuhan Pusat Asasi ini amat applicable untuk Kursus Asas. Justeru pelajar-pelajar disediakan untuk memenuhi keperluan yang digariskan oleh KUIS dengan mengambil kira pelaksanaan asas-asas pendidikan Islam, nilai-nilai dan cara hidup yang berlandaskan integrasi ilmu dan akhlak mulia.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan KUIS dalam menjana ’Best Student'

MISI

Menjadi pusat pengajian ilmu asasi bagi menyumbang kepada peningkatan KUIS sebagai pusat pengajian tinggi Islam bertaraf dunia dengan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Program-Program di Pusat Asasi:














PENGENALAN

DASAR DAN OBJEKTIF KUALITI


Dasar Kualiti

Membangunkan Kurikulum Pendidikan Tinggi 'Integral' (Tawheed) serta menawarkan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkualiti menepati kehendak mahasiswa, 'stakeholder', ummah dan pasaran.

Objektif Kualiti

KUIS juga komited terhadap :
1.     Menyediakan dan memastikan kurikulum pendidikan 'integral' (tawheed) yang berdaya saing.
2.     Memberi perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang cekap, sistematik dan berkesan.
3.     Memastikan mutu perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui peningkatan kualiti yang berterusan.
4.     Memberi komitmen terhadap peningkatan secara berterusan dalam aspek perkhidmatan, kualiti graduan dan sistem kualiti.





MOTO, VISI, MISI, FALSAFAH DAN MATLAMAT


Moto

Pemangkin Tradisi Ilmu


Visi

Memartabatkan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia yang mendapat keredhaan Allah.


Misi

Bertekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan, akademik dan sahsiah pelajar melalui penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.


Falsafah

Kesepaduan antara ilmu, iman dan amal menjadi dasar ke arah melahirkan insan yang bertaqwa dan berketerampilan untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.


Matlamat

Membentuk dan mendidik generasi ummah agar menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) yang berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.



 COKMAR
 Cokmar seberat 7kg mula diperlihatkan pada Istiadat Konvokesyen KUIS yang keenam sebagai simbol perisytiharan penganugerahan diploma. Setiap lambang yang diukir mempunyai makna tersendiri bagi menggambarkan keseluruhan komitmen dan inspirasi penubuhan KUIS sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

Bulan sabit membawa maksud perkembangan dan kemajuan Islam di negeri Selangor manakala pelbagai cabang yang berpusat di tengah melambangkan kesepaduan ilmu. Bentuk kubah di bahagian atas cokmar merupakan simbolik agama Islam sebagai agama rasmi Negeri Selangor. Sembilan (9) Ukiran Bunga Tanjung menunjukkan sembilan (9) daerah di negeri Selangor yang telah mengamanahkan KUIS sebagai pemangkin masyarakat madani pada masa hadapan.

Sementara itu, ukiran Mercu Tanda, Bunga Anggerik dan Logo Kerajaan Negeri Selangor melambangkan hubungan baik dan sokongan penuh kerajaan Negeri Selangor kepada pembangunan dan kemajuan KUIS.


Pengenalan (LATAR BELAKANG KUIS)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau lebih dikenali sebagai KUIS merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan  agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sehingga kini KUIS masih mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan islam. Selain itu, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah unuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Bersandarkan misi dan visi yang jelas, KUIS terus mengorak langkah ke hadapan mendepani pelbagai cabaran dan perubahan. Falsafah kesepaduan ilmu yang didukung adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang boleh memajukan negara di masa hadapan.

Selaras dengan itu, KUIS menawarkan bidang pengajian merentasi disiplin antaranya termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, bahasa dan komunikasi, ICT dan multimedia, kejururawatan dan pendidikan. KUIS juga sentiasa komited dalam memastikan setiap program yang ditawarkan adalah berdaya saing, kompetitif dan berkualiti serta memenuhi perakuan (MQA) Agensi Kelayakan Malaysia.

Dalam usaha menjadi sebuah universiti elit dan dinamik, KUIS terus berusaha mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2008 bagi skop pengajian dan pembelajaran (P&P). Selainitu, pengiktirafan status Multimedia Super Corridor (MSC) telah berjaya membuktikan keupayaan KUIS menyediakan khidmat pendidikan tinggi di bidang teknologi maklumat sekaligus menyumbang kepada hasrat kerajaan dalam melahirkan pekerja-pekerja bermaklumat (k-workers) untuk kejayaan MSC.

Menerusi jaringan akademik di dalam dan luar negara, aspek penjanaan ilmu dan inovasi terutama melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan terus dipertingkatkan bersesuaian dengan moto Pemangkin Tradisi Ilmu.

Sejajar dengan itu juga, KUIS bertekad untuk menjadi sebuah gedung ilmu bertaraf antarabangsa dan pelopor di kalangan institusi pendidikan tinggi swasta berteraskan Islam.

Pilihan Program yang ditawarkan di KUIS

Persiaran Seri Putra 1, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
+60 3-8925 4251
Founded: 1995, Bandar Seri Putra, Malaysia


 Ingin tahu apa pilihan program yang ditawarkan di Kuis? antum boleh trus ke link di bawah.
http://www.kuis.edu.my/v3/kemasukan/program-pengajian

Jom Masuk Kuis


PETA ATAU LOKASI KUIS
ps://www.google.com/maps/@2.8796186,101.8082289,14z

Thursday, 6 August 2015

Ahlan Wasahlan....

Ahlan wasahlan Marhaban Bikum untuk semua student Kuis yang baru mendaftar terutamanya dalam kursus Ijazah pentadbiran Peniagaan drngan e-dagang. In shaa Allah diblog ini ana dan sahabat yang lain akan memperkenalkan Kuis dgan lebih mendalam lagi. Ayuh..jejak kampus Kolej Universiti Islam Antarbangsa Selangor.